Monday, May 31, 2010

Potrait pada pagi ahad

Pagi ahad semalam saya berjalan jalan di Memory Lane, Ipoh.
Kebetulan hari ni cuti dan nak try lens baru ni 35mm f/1.8G.

Keluar rumah dari pukul 8 pagi hingga pukul 11 pagi seorang diri berbekalkan kamera dan prime lens aku pusing 3 round dalam Memory Lane.

Apa yang menarik tentang Memory Lane ni ialah ianya sebuah tapak Pasar Pagi pada hari ahad, tapi ianya berbeza dengan pasar pasar pagi yang sedia ada, kerana disini yang uniknya ialah pasar bagi barang-barang lama lebih senang faham barang antik.

Jadi para pemgumpul barangan antik ni akan keluar pada pagi ahad ni untuk mencari sama ada barang baru ataupun lama, dan terdapat pelbagai barang dari segi 'part-part' tertentu dari sesuatu barang yang susah untuk dicari pada masa kini. Jadi disini la dimana mereka dapat menemui 'part-part' tersebut.

Jadi sambil saya berjalan pada hari tu, tak banyak yang saya dapat rakamkan kerana keadaan yang agak ramai dengan orang. Tapi seronok tu apabila ada antara hasil yang memuaskan hati saya.

Kebetulan saya ingin mencari kasut, saya singgah di Ipoh Parade. Dan saya tak tahu pula hari ni merupakan hari terakhir DSLR Fair dalam Ipoh Parade, saya mengidamkan Speedlight SB900, sambil sambil tu try lens TAMRON dan SIGMA jenis Telephoto 70-300mm. Sebabnya saya sudah mempunyai kit lens dan prime lens, yang belum ada tele dan lens dari TAMRON dan SIGMA ni ada fungsi macro, memang menarik harga pun berpatutan.

Lihatlah beberapa gambar yang saya muat naik, sila-silalah komen.






berpeluh-peluh dia promote barang

gam kuat, boleh lekat dalam air kata pakcik ni

kasut saya baris kedua yang teratas sekali


gambar blur sedikit sebab ni 1st time guna lens tamron

Reactions:

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!