Saturday, June 12, 2010

Suasana Pagi di Pasar Borong

Pada pagi sabtu pukul 6 pagi saya bersama-sama Mak saya bertolak ke Pasar Borong yang terletaknya di Mengelembu, Ipoh.

Sememangnya Pasar Borong ni terkenal kerana ini satu satunya yang saya jumpa di Ipoh. Tambahan pula Mak saya ingin membeli barang basah untuk keperluan dapur dan tujuan saya pula adalah untuk merakamkan gambar suasana ketika Orang ramai membeli belah di Pasar Borong.

Suasana pada waktu pagi di pasar borong memang ramai, ada antaranya peniaga-peniaga kedai makan, peruncit-peruncit dan ada yang beli untuk kegunaan rumah.
Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin ada yang tahu kenapa memilih pasar borong sedangkan kedai-kedai runcit berhampiran tempat tinggal lebih dekat.

Ini kerana perbezaan harga yang amat ketara. Saya juga terkejut mendapati harga di Pasar Borong ternyata lebih murah berbanding kedai runcit. lagipun saya bukannya selalu ke Pasar jadi saya tak tahu harga runcit dan harga borong.

Sambil saya berjalan dalam Pasar berkenaan sempat juga saya ambil beberapa gambar dalam keadaan sesak dengan orang ramai. Dibawah ini adalah beberapa gambar saya rasakan sesuai untuk menceritakan keadaan di Pasar Borong.








Diharap anda dapat meninggakkan komen dan kritik.
Segala komen dan kritik anda amat saya hargai.

3 comments:

Fauzimoment said...

suka guna filter blue???? :)
tapi apasal kat bawah tu dah tukar??? nampak sangat beza...

Muhammad Amirul said...

semua gambar ni saya main tone

D`littleye said...

nice slow shutter!:D

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!