Sunday, May 30, 2010

Kit lensa baru 35mm f/1.8G

Jumaat 28hb baru-baru ini pada kebiasaan awal pagi nya saya mesti login facebook saja nak tengok-tengok new notification dan sambil sambil tu survey harga barang-barang kamera ni.

Kalau dah minat pada kamera kawan saya kata minat pada kamera ni macam berhantu, memang betul pun apa kata kawan saya tu.

Sebabnya hari jumaat ni saya beli sebuah lensa baru

NIKKOR LENS AF-S DX 35mm f/1.8G

berserta CPL Filter itupun second hand dari seorang kawan sekerja.

Pada awalnya saya inginkan speedlight SB900. Tapi duit lari ke lens dulu. Tapi InsyaAllah pada bulan ni juga saya akan dapat speedlight yang saya inginkan tu.

Apa apa pun lens tu memang tip top dan mantap lagi, kondisi pun cun baru pakai 3 bulan, lagipun dia memang nak jual sebab nak ambil 50mm f/1.85G.

Yang bestnya lens ni sesuai untuk potret, tambah tambah lagi kalau keadaan tempat tu kurang cahaya ataupun senang faham tempat tu gelap seperti dalam bangunan.

Lihat la sedikit hasil gambar dengan lensa kit baru saya, senang-senang tinggalkan la komen anda.





Reactions:

1 comments:

syleuphoria said...

pergh..stylo kot dapat lens tu..T_T

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!