Promosi Business Card

Semurah RM 9.00 Sekotak cetakkan minimum sebanyak 10 kotak

Tuesday, September 21, 2010

Pre Wedding Sepupu Aku

Pre Wedding ni adalah yang pertama kali aku sertai dengan sepupu aku dan kawan nya. Lokasi di Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh pada waktu malam. Seramai 8 orang termasuk pasangan pengantin.

Aku sememangnya tiada pengalaman shot pre wedding ni. Ini lah masanya aku timba ilmu dan pengalaman dari mereka yang antaranya adalah Pensyarah. Bolehlah dilihat hasil kerja aku yang tak seberapa ini. Komen dan kritikan yang membina diharap daripada anda semua. Terima kasih



Mereka disebalik tabir


Saturday, September 18, 2010

Saya tersenarai sebagai Pemenang


Hari ni merupakan hari terakhir cuti aku. Esok aku dah masuk kerja, setelah puas cuti raya seminggu dari hari khamis yang lepas. Sakit kepala juga cuti lama lama ni tambah pula kalau pergi beraya ke rumah saudara mara dan kawan kawan lemang, rendang dan kuih kuih la hidangannya.

Harini pun sakit kepala juga. Ye lah besok dah nak mula kerja balik. Rasa tak puas pula cuti. Cuti raya ni juga yang membuatkan blog aku ni sentiasa rasa nak update walaupun merapu.

Harini sebenarnya tak ada apa aku nak ceritakan disini. ON saja netbook aku mesti search amirulsafri bagi traffic naik. Tiba tiba url aku terselit dalam blog HazmanFadzil.Com dan aku tersenarai antara Pemenang GIVEAWAY – Duit Raya & Baucer JUSCO.

Aku tak tau pula bila masa aku ada masuk contest ni. Setahu aku satu contest saja yang join iaitu Raya Sakan Contest by Insan Tinggi. Ini adalah kerana HazmanFadzil.Com mencari pengomen bertuah. Dan aku pula tak tau macam mana aku boleh sampai ke blog beliau dan aku komen entry yang mana. Aku tersenarai sebagai pemenang pada Raya Ketiga, nama dan url aku berada diatas pula tu.

Alhamdulillah selama aku blogging ni ada juga aku sesuatu yang buat aku nak bergiat lebih aktif dalam blogging ni, selama ni aku suka suka saja untuk berkongsi cerita. Dan entry ini tercetus daripada giveaway. Terima Kasih kepada Hazman Fadzil kerana bermurah hati memberi aku Baucar Jusco.

Thursday, September 16, 2010

Netbook, ASUS Eee PC 1005P

Entry terbaru kali ni berkaitan Gadget terbaru aku. Netbook ASUS Eee PC™ Seashell. Netbook ni baru aku beli bulan ogos lepas. Kenapa aku pilih netbook dari notebook sebabnya ianya kecil dan dan memandangkan aku jarang ada dekat rumah. PC pun dah jarang aku online. Sibuk dengan kerja lagi.

Memang aku dah berkenan lama dengan notebook ni. Tambah pula aku memang puas hati dengan ASUS, sampai sekarang notebook ASUS aku yang lama masih boleh digunakan lagi. Sebab tu jugalah Netbook ni aku mencari buatan ASUS juga.



Bulan 8 yang lepas PC fair berlansung di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Sebelum aku membeli sesuatu aku akan lihat spect pasal Netbook ini. Alhamdulillah jumpa juga kat PC fair.

Antara Spect yang aku pilih ialah
-Intel Atom 1.66GHz (sesuailah untuk Netbook yang kecil, dan untuk aku berblogging)
-Genuine Windows® 7 Starter 32 bit
-Capacity hdd 250GB
-RAM 1GB

All day computing for up to 11 hours battery life with new Intel Atom N450 processor
ASUS Super Hybrid Engine technology tunes your Eee PC™ for optimal power-efficiency
Dual OS with Express Gate: Lose the wait and surf online in seconds

Kelebihan dan penambahbaikkan ASUS pada Netbook model ini ialah
-Batteri boleh bertahan selama 11 jam.
-Express Gate (fast bootup)


Uncompromised ergonomic designed keyboard and multi-touch touchpad for a superior input experience

Semua booth ada model yang aku cari ini. Tapi PC fair tau tau la promote dengan Free Gift. Aku mencari Free Gift yang berguna untuk digunakan dengan Netbook aku nanti.

Lepas mana aku pergi Netbook ni sentiasa disamping aku, nak update blog pun senang.


Ada satu booth ni Free Gift nya memang terbaik sekali, antara Free Gift nya ialah
-Ext HDD Samsung 320GB
-Pendrive Kingston 8GB
-Kapersky Anti Virus 1 year
-Speaker Divoom (memang best speaker nya sesuailah dengan Netbook sama kecil)
-25 kit barang asas untuk Netbook


Selamat Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Hari Malaysia mungkin ada yang tau dan mungkin ada yang tidak tahu. Sempena hari ini juga kita semua dapat cuti am. Dapatlah aku Update blog. Alhamdulillah Malaysia Aman dan Damai.

Petikan daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

Monday, September 13, 2010

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi

Assalamualaikum.

Pagi ni aku melawat blog yang aku follow. Jumpa blog menarik aku klik antaranya blog Elia. Aku terbaca entry contest yang baru dia sertai. Aku jadi berminat sebab selama ni aku tak tau ada yang buat contest dari blog sendiri dan ada habuan bagi yang mereka yang mencuba nasib.

Ini adalah satu cara mempromosikan blog kita pada masyarakat umum khasnya. Jadi aku dengan ini menyahut Contest yang diadakan oleh Insan Tinggi dengan Temanya ialah "Sakan". Disebabkan syarat pertandingannya aku layak menyertai contest ini. Kepada yang lain boleh juga mencuba.


Ini adalah antara 4 keluarga yang berkumpul di Kampung aku sempena Hari Raya. Ada lagi yang tiada dalam gambar ini.

Apa yang Sakan Raya aku pada kali ini. Sebelum-sebelum ini aku tak pernah mengambil gambar ahli keluarga besar yang ramai. Selalunya gambar keluarga sendiri. Memang best pulak tu aku dapat berjumpa sepupu sepupu aku yang dah lama aku tak jumpa, dan ada juga sepupu yang aku yang kecil yang aku baru kenal. Memang Sakan la aku ambil gambar diorang semua.

Gambar seterusnya ni gambar pada tahun lepas beraya di rumah terbuka rakan sekelas Maisarah di Ipoh Jaya, Ipoh.
Kenangan ketika menuntut di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Rakan kelas aku terdiri daripada pelbagai kaum. Semuanya hadir meraikan rumah terbuka tersebut. Sakannya kami bergambar di rumah orang pada hari raya. Dah macam rumah sendiri kami buat.

Waktu nak balik sempat kami bergurau di luar rumah. Sakan beraya kami pada hari tu.


Diharap tuan tanah contest ini mengambil kira penyertaan aku kali pertama ini.

Keluargaku, 1 Syawal 1431H

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Setelah sebulan kita berpuasa, pejam celik pejam celik kita telah meninggalkan bulan Ramadhan. Telah tiba pula 1 Syawal, hari kemenangan bagi Umat Islam Seluruh Dunia.

Tahun ni aku beraya di Ipoh, Perak. Beraya rumah saudara mara sini pula. Sebelum ni aku beraya di Padang Sera, Kedah sana.

Selepas solat Hari Raya, kami adik beradik memohon maaf pada Mak dan Abah. Sebelum keluar beraya sempat juga aku rakamkan gambar ahli keluarga. Rugi kalau ada kamera tapi tak mengabdikan gambar ahli keluarga. Apa apa pun kalau pergi mana mana kamera sentiasa ada dengan aku, tak kira la DSLR ke kamera kompak ataupun kamera handset.

Aku pastikan segala galanya aku rakamkan. Dari gambar lah semua kenangan lama aku terpahat.

Gambar gambar di bawah ni hasil pada 1 Syawal 1431H. Ramai sepupu aku dah besar panjang semuanya, dan ada sepupu sepupu aku yang kecil yang aku tak kenal langsung.
Walaupun semua dah dewasa suasana berhari raya bagi aku tetap meriah walaupun tidak semeriah pada waktu aku masih kanak kanak dahulu.

Gambar gambar dibawah ni suku daripada ahli keluarga besar aku. Ramai lagi sebenarnya, tapi susah nak berkumpul semuanya. Ni saudara mara yang tinggal di Manjoi, Ipoh. Tak termasuk lagi Saudara mara yang tinggal di Ulu Kinta.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pejam celik pejam celik sudah sebulan kita berpuasa. Cepat sungguh rasanya merasai kenikmatan bulan mulia, bulan ramadhan pada tahun ini. Semoga solat, puasa dan amalan aku diterima ALLAH SWT. Semoga saya dapat menyambut Ramadhan pada tahun hadapan.

Hari ni dah masuk 1 Syawal. Mesti sebelum Syawal ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut lebaran. Janganlah kita membazir sempena musim perayaan ini. Berbelanja lah ikut keperluan. Ingatlah pada mereka yang kurang bernasib baik.

Kepada pengguna jalan raya dan lebuh raya, pandulah kenderaan dengan selamat dan selamat sampai ke destinasi

Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua rakan rakan saya dan pembaca blog saya, andai kata saya tersilap kata dan menyinggung perasaan.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
'Maaf Zahir dan Batin'


Tuesday, September 7, 2010

Adab Dan Amalan Sunat Hari Raya Aidil Fitri


Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :

a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
e. Mandi Sunat Aidil Fitri

2. Memakai sebaik-baik pakaian


Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.

3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya

a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya

Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)

Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.

5. Melaungkan takbir pada hari raya

Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )

6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya


Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )

7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin

Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )

Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.

dipetik daripada
feryco.com

Saturday, September 4, 2010

Cameron Highland.

Salam.

Sedikit gambar yang saya shot di Cameron Highland pada minggu lepas yang ingin saya kongsikan.




Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Salam...

Semalam berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bagi Shift A Warga UNISEM. Penganjurnya adalah Mokhtar dan Ajis.
Majlis berlangsung di tapak restoran padang polo. kesemua mereka berkumpul di sana sebelum pukul 7. Itupun pukul 7 sudah ramai yang beratur mengambil makanan. Juadah berbuka tidak kurang hebatnya. Diakhir majlis diadakan cabutan bertuah, tahniah kepada mereka yang telah menerima Duit Raya.
Terima kasih kepada mereka yang menjayakan aktiviti sebegini yang banyak memberi manfaat kepada semua, aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara semua staff di luar tempat kerja.

Diharap aktiviti sebegini dapat dilaksanakan di kemudian hari. Ini merupakan aktiviti yang pertama kali saya sertai setelah 8 bulan bekerja.












Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!