Promosi Business Card

Semurah RM 9.00 Sekotak cetakkan minimum sebanyak 10 kotak

Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Friday, February 28, 2014

"PECAT" Boss Anda!


Cukuplah anda diperhambakan oleh sistem makan gaji yang memaksa anda dikelilingi hutang tanpa noktah.

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.

Kami sudah!. Kini giliran anda pula.

Jom sebarkan ilmu! Kongsi dengan rakan-rakan anda.

Apa yang anda bakal dapat dari buku ini

Teknik Menjemput Rezeki
Ramai yang mengejar rezeki. Ramai juga yang kepenatan setiap hari tanpa hasil yang diingini. Ketahui cara-cara dan rahsia menjemput rezeki dengan mudah.

Tanya hati ... Sampai Bila???
Bagaimana ‘mencuci otak’ anda agar terbuka hati untuk membuat bisnes? Bagaimana meletakkan sasaran dan mahu mencapainya? ‘Sampai Bila’ mahu hidup biasa biasa?

Pengalaman sebenar seorang usahawan
Kisah kesilapan saya menjalankan perniagaan sehingga saya rugi berpuluh ribu ringgit dalam masa yang singkat. Ketahui puncanya? Jadikan sempadan.

Mudahnya dan Seronoknya Berbisnes
Tips bagaimana memulakan perniagaan? Jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Dan tips bagaimana untuk berjaya dengan mudah

Dunia Buat Bisnes Online
Fahami kenapa anda perlu menjalankan perniagaan anda secara online walaupun perniagaan anda telah kukuh di persada offline? Ketahui rahsia jutawan muda online kita.

Selesa yang tidak selesa.
Masalah ramai rakyat Malaysia yang ‘selesa’ dengan apa yang mereka miliki hari ini. Mereka mempunyai impian yang besar, tetapi mereka tidak bertindak seperti yang sepatutnya.


FREEDapatkan Sekarang!






eBook Landing Page


Baca di mana-mana yang anda selesa

Ditulis khas untuk dibaca melalui peranti-peranti seperti iPad, Tab, Smartphone, Laptop dan PC

Buku ini menggunakan saiz font 14. Saiz yang amat selesa untuk dibaca melalui peranti-peranti elektronik seperti telefon pintar dan tablet.
Anda boleh mencetak buku ini jika anda suka membacanya secara konvensional.

Jom intai-intai

Hari ini, buku ini diberikan percuma kepada anda. 
Anda dah tak perlu nak intai-intai lagi. 
Download dan terus boleh baca.

Tapi kalau anda nak intai-intai dulu pun kami faham. Justeru, kami paparkan 4 screenshot rawak buku ini untuk anda.
  • Bahasa yang amat santai dan mudah untuk dibaca
  • Sekitar 120 muka surat dengan selingan gambar padat inspirasi.
  • Testimoni mereka dan langkah-langkah yang telah mereka lakukan


eBook Landing Page


Author

Kata-kata Penulis

Apa yang tertulis dalam buku ini adalah dari sudut pandangan seorang suami terhadap seorang isteri yang mahu menjalankan perniagaan sebagai pendapatan sampingan.
Kisah bagaimana saya memulakan perniagaan dan kemudiannya saya membantu isteri saya, Maria untuk menceburi bidang perniagaan.
Bagaimana isteri saya mencapai impiannya untuk bekerja dan menjalankan bisnes online dari rumah, melihat anak-anak membesar sendiri di hadapan mata, dan menjana pendapatan yang lumayan.

Tuesday, February 25, 2014

7 Kesilapan Kewangan oleh Sunthara Segar

Setiap orang pasti melakukan kesilapan kewangan dalam setiap fasa penting hidup mereka.

Ada yang tidak belajar langsung berkenaan pelaburan sehingga mendekati umur persaraan. Ada yang menyalah guna kad kredit semasa muda sehingga menanggung akibat berpuluh-puluh tahun kemudian.

Biar apa pun kesalahan sebelum ini, kita masih mempunyai peluang memperbaiki kedudukan kewangan dan berusaha meminimumkan kesalahan pada masa akan datang. Belajar daripada kesalahan orang lain dan semak sama ada kita pernah melakukan kesalahan berikut:

Kesilapan 1: Menggunakan alasan-alasan seperti “masih muda”, “selepas berumah tangga”, ataupun “bila anak besar” bagi tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan pendidikan anak, insurans perubatan, simpanan persaraan, ataupun mengurus hutang.

Kesilapan 2: Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya secara bertulis. Tidak pernah meluangkan masa memikir perihal matlamat kewangan yang kritikal sekarang, masa pencapaiannya, dan berapa simpanan yang perlu diperuntukkan setiap bulan.

Kesilapan 3: Kekurangan disiplin bagi mengawal perbelanjaan harian kerana pengaruh iklan dan propaganda media, senang memohon kad kredit, jualan murah, desakan rakan, dan keinginan mengecap hidup bergaya.
"Saya tewas dalam hampir 300 perlawanan bola keranjang. 26 kali saya diberi kepercayaan bagi melakukan jaringan kemenangan, tetapi semuanya gagal. Saya pernah gagal berkali-kali dalam kerjaya saya dan itu sebabnya saya berjaya sekarang."
- Michael Jordan -

Kesilapan 4: Tidak sedar kesan matematik nilai mata wang kepada hutang-piutang yang mengambil masa yang lama bagi dilangsaikan sekiranya tersilap langkah. Ataupun mengapa melabur wang secara konsisten setiap bulan akhirnya dapat menjadikan seseorang itu jutawan.

Kesilapan 5: Tidak pernah merancang dan menghidupkan program insurans ataupun takaful untuk keluarga. Risiko kehidupan seperti bil hospital dan hilang upaya kekal dapat menghakis simpanan yang sedia ada, malah tidak mustahil sekiranya semua simpanan seumur hidup lenyap sekelip mata.

Kesilapan 6: Tidak membuat persediaan menangani ‘musuh’ kewangan yang utama iaitu inflasi. Dalam masa setahun sahaja nilai gaji baru akan dihakis oleh inflasi. Apa senjata yang ada bagi melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7: Enggan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah atas alasan perlu membayar yuran. Namun, sanggup diperbodohkan oleh penasihat palsu yang memperkenalkan skim cepat kaya. Usah segan meminta khidmat nasihat penasihat kewangan sekiranya otak sudah buntu.

Tuesday, December 31, 2013

Kisah Jutawan Muda di Thailand

Kali ini kita akan bercerita tentang hidup susah payah seorang lelaki yang kini bergelar jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.
jutawan1
Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.
Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu,Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.
Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.
Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.
Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Elevenyang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.
jutawan2
Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.
Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

Thursday, November 8, 2012

Branding Diri dan Bisnes dalam Laman Sosial Facebook


Semua orang bisnes, dan semua staf syarikat, perlu belajar menggunakan dan memanfaatkan kuasa dan daya pengaruh yang ada pada laman sosial seperti Facebook (FB) bagi mempromosi syarikat dan bisnesnya.

Apabila kita menggunakan FB bagi tujuan bisnes, aspek branding yang utama adalah kredibiliti dan integriti diri individu itu, justeru syarikatnya. Dua aspek itu mempengaruhi sejauh mana pelanggan berani meletakkan kepercayaan mereka terhadap mutu produk dan perkhidmatan mereka.

Dalam laman sosial, seseorang itu hanya mempunyai bahasa sebagai alat bagi menerangkan siapa dirinya mereka.

Ejaan, tatabahasa, dan tanda bacaan yang digunakan dijadikan cermin oleh pembaca laman sosial bagi mengukur sikap-sikap positif dan disiplin kerja mereka yang buruk ataupun yang baik.

Ejaan dan tanda bacaan yang teliti ditafsirkan sebagai bukti sikap dan disiplin kerja yang teliti dan sistematik, ataupun yang huru-hara, cacamarba dan tidak semenggah.

Tatabahasa yang rapi ditafsirkan sebagai bukti pendidikan, pembacaan, profesionalisme dan daya intelek yang tinggi.

Penggunaan istilah yang tepat ditafsirkan sebagai bukti penguasaan bidang ilmu.

Tuesday, October 16, 2012

Berfikir seperti kita adalah BOS


Assalamualaikum,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan saudariku yang disayangi Nabi,
Kepada sepupuku yang ketika ini bekerja dengan majikan sama ada swasta ataupun kerajaan,
Terdapat dua cara berfikir utama dalam dunia pekerjaan, iaitu berfikir seperti pekerja dan berfikir seperti bos.
Apabila kita berfikir seperti pekerja, kesannya kita lebih memandang apa yang organisasi ataupun majikan kita dapat berikan kepada kita. Antara tindakan yang kita lakukan adalah seperti berikut :
  • Bekerja apabila ada gaji
  • Buat kerja mengikut arahan bos
  • Menunggu arahan
  • Memikirkan keperluan diri sendiri
  • Memikirkan apa yang majikan dapat berikan
  • Bekerja mengikut waktu pejabat
  • Memohon maaf apabila melakukan kesilapan
  • Hanya buat kerja apa yang disuruh oleh majikan
  • Buat kerja dalam bidang tugasan sahaja
  • Tidak kisah berkenaan keperluan staf lain yang kita tidak kenal dalam organisasi
  • Memerlukan pujian
  • dan lain-lain
Apabila kita berfikir seperti majikan ataupun bos, kita lebih memikirkan apa yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi.
  • Bekerja walaupun tidak dapat gaji
  • Tidak menunggu arahan
  • Lebih memikirkan keperluan organisasi dan staf lain
  • Memikirkan apa kita dapat disumbangkan kepada organisasi
  • Banyak buat kerja yang akan disuruh oleh bos dan juga kerja yang tidak akan disuruh oleh bos
  • Buat kerja dalam semua bidang tugasan yang dapat memanfaatkan organisasi ataupun staf lain
  • Tidak memerlukan pujian, sebaliknya sibuk memberi pujian kepada staf yang layak
  • Buat kerja sebelum arahan dikeluarkan, iaitu kerja siap sebelum arahan diberikan.
Informasi di atas ada dibicarakan dalam buku Makan Gaji Tetapi Kaya, tulisan Shamsuddin Kadir.
Apabila kita berfikir seperti kerja kita membuat kerja sama ataupun kurang dari gaji yang kita terima, apabila kita berfikir seperti bos, kita membuat kerja lebih dari gaji yang kita terima. Di mana kita membuatnya kerana Ehsan.
‘Kereta tanpa brek, masuk ke gaung, manusia tanpa ehsan masuk ke neraka’

Monday, October 8, 2012

Duit Geli-Geli

Dah lama tak update blog tapi duit tetap masuk walaupun sedikit (duit geli-geli bagi aku). Memang sedikit tapi ianya memberi suatu perasaan gembira dan semakin bersemangat untuk post lebih banyak. Apa sahaja usaha dan bersabar pasti membuahkan hasil

Thursday, September 20, 2012

Strategi Perniagaan Abdul Rahman bin Auf yang patut dicontohi


Assalamualaikum dan salam kejayaan buat para pembaca Majalah Niaga yang setia sekalian. Artikel kali ini membawakan perkongsian tentang strategi yang diamalkan oleh tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi iaitu Abdul Rahman bin Auf r.a.
Abdul Rahman bin Auf - Strategi Perniagaan
Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta
kekayaannya ke jalan agama.
Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang).
Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi.
Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?

Strategi #1 – Jual Unta Harga Kos

Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tiada untung. Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.
Jual Tali Unta
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Selain strategi #1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Strategi #2 – Syukur Walau Untung Sedikit

“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.

Strategi #3 – Jangan Seksa Pelanggan

“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.

Strategi #4 – Sila Bayar Tunai

“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Bayar TunaiAbdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai. 
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja.

3 Strategi Berniaga Klasik Cara Sahabat Nabi

Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehikeuntungan seribu dirham dalam satu hari. Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda:
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
  3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.
Sekian dahulu artikel untuk kali ini. Moga bertemu lagi dalam artikel berikutnya. Salam kejayaan dari saya, Hasryn Hamka.

Kredit kepada http://www.majalahniaga.com

Wednesday, August 29, 2012

Kenapa perlu adanya bisnes kad untuk perniagaan anda


KEPENTINGAN BISNES KAD
 
KEPENTINGAN BUSINESS CARD KEPADA PERNIAGAAN ANDA

1. KEPENTINGAN BUSINESS CARD
Business card merupakan antara item yang paling penting dalam perniagaan anda. Ia menjadi penghubung antara anda dengan pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan dimasa akan datang. Ia membantu anda membina rangkaian perniagaan yang meluas.

Business card yang menarik pasti dapat menarik minat pelanggan untuk menggunakan produk dan servis anda. Bagaimana business card anda boleh dikatakan menarik? Saya akan terangkan dalam tajuk dibawah.

2. INFO PADA BUSINESS CARD
Perkara yang boleh dimasukkan.
1. Nama 
2. Jawatan
3. Nombor telefon & faks
4. Produk & servis
5. Nama perniagaan 
6. Alamat perniagaan
7. Logo
8. Tagline

Cuba terhadkan info anda kepada perkara yang perlu sahaja. Ini bergantung kepada perniagaan atau servis yang anda sediakan. 

3. JENIS-JENIS BUSINESS CARD
Terdapat beberapa jenis business card. Antaranya
1. Standard business card
2. Lipat dua (Fat Fold)

4. PENGGUNAAN WARNA & TEKS
Gunakan warna yang berkaitan dengan perniagaan anda. Elakkan dari penggunaan warna yang terlalu banyak. Cuba guna 2-3 warna sahaja.

Ciri-ciri teks untuk business card
1. Warna teks yang kontra dengan warna background.
2. Penggunaan font yang mudah dibaca. Elakkan font yang terlalu fancy.
3. Size teks hendaklah boleh dibaca dengan jelas. Jangan terlalu kecil.

5. PENGGUNAAN LOGO
Letakkan logo ditempat yang sesuai pada business card anda. Biasanya ia diletakkan diatas bucu sebelah kiri. Tetapi ia tiada standard yang tetap cuma pastikan ia sesuai dengan design anda.


6. JENIS CETAKAN: OFFSET @ DIGITAL
Terdapat 2 jenis cetakan yang biasa digunakan sekarang.

1. Offset | Cetakan menggunakan mesin. Kualiti business card sangat cantik. Saiz font paling kecil boleh dicetak adalah 4 pixel. Digunakan untuk cetakan yang banyak.
2. Digital | Cetakan menggunakan printer berkeupayaan tinggi. Biasanya digunakan untuk cetakan yang sedikit.

7. JENIS KERTAS
Terdapat beberapa jenis kertas yang digunakan. Antaranya ialah:

1. Art Card 260gsm
2. Art Card 230gsm

8. SAIZ BUSINESS CARD
Saiz standard adalah 86 pixel x 52 pixel. (lebar x tinggi)

Saiz juga boleh customize. 
1. Saiz minimum : 40 pixel x 40 pixel
2. Saiz maksimum : 90 pixel x 60 pixel

9. CIRI-CIRI BUSINESS CARD
1. Matte lamination
2. Gloss lamination
3. Round corner
4. Spot UV
5. Hot stamping 

Kredit kepada http://www.creation.com.my/

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!