Assalamualaikum.
Bulan Julai ni saya sungguh sibuk sehinggakan tak ada kelapangan masa untuk update blog ni.
Entry kali ni berkenaan percutian saya di Pulau Redang, Terengganu.
Saya dan 2 orang lagi rakan iaitu Rahimi dan Khairul memulakan perjalanan kami ke Terengganu.Kami telah merancang cuti ini sebulan lebih awal. Kerana kami perlu menempah resort di Pulau Redang melalui Agen Pelancongan.
Pada 5hb Julai yang lepas lebih kurang pukul 3 petang. Dengan berbekalkan peta yang di google dari internet dan GPS. Kami merentasi 2 buah negeri iaitu Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu dengan melalui jalan lama dari Grik.
Kami juga sempat berhenti di perhentian sebelah dimana kami dapat menikmati permandangan Banjaran Titiwangsa. Amat menarik sekali berada di tempat tinggi. Rasa tidak puas berada di perhentian tersebut tetapi kerana hari sudah petang kami perlu meneruskan perjalanan untuk turun dari jalan gunung tersebut sebelum malam
Akhirnya kami selamat sampai di Terengganu pada pukul 10 malam. Kami mencari makan terlebih dahulu selepas itu mencari tempat sesuai untuk bermalam kerana perjalanan kami ke pulau redang sebenarnya keesokkan harinya. Oleh sebab itu lah kami bertolak awal.
Kami singgah rehat di Masjid berdekatan dengan Jeti Merang untuk menanti subuh.
Nantikan part 2 pula.
Hebat, Berbisa & Jarang-Jarang Kita Dengar.
10 years ago
0 comments:
Post a Comment