Sebelum ini aku hanya upload gambar asli dari kamera tanpa suntingan. Sekarang rasanya cukup lengkap apabila hasil dari kamera disunting untuk menaikkan warna agar tampak lebih segar.
Mesti ada yang lihat gambar gambar yang cantik dari mana mana website atau blog sebenarnya ianya telah disunting untuk menaikkan sesuatu warna untuk menampakkan ianya lebih cantik. Seperti gambar diatas yang telah aku sunting untuk menaikkan tona warna nya. Nanti akan aku kongsi kan lagi disini
Lama tak update blog ni. Perkembangan terbaru, malam ni baru teringat group aku bagi idea buat tshirt group. Fikir punya fikir idea nak buat tshirt dengan melibatkan ciri ciri kamera. Aku menemui idea untuk menghasilkan logo trademark aku yang tersendiri, mungkin belum ada yang terfikir macam ini.
Logo ni adalah focus point dalam viewfinder kamera. Akhirnya bersesuaian dengan singkatan AS iaitu Amirul Safri. Aku harap logo ni bersesuaian lah dengan hasil kerja aku. Itu saja yang dapat disampaikan disini.
5 Februari 2011, Majlis Perkahwinan rakan yang aku kenali sama sekolah tapi lain kelas ketika aku masih menuntut di Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Perak.
Ramai antara rakan rakan sekolah yang hadir pada Majlis tersebut. Walaupun sudah hampir 5 tahun tamat persekolahan, apabila berjumpa kembali membuatkan aku teringat kembali kenangan semasa menuntut di SMTSM yang sekarang ni ditukarkan kepada SMVSM iaitu Sekolah Menengah Vokasional Seri Manjung.
Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat mereka Suami Isteri iaitu Hanif dan Liyana. Semoga Berbahagia. Kepada kawan kawan semoga kita berjumpa lagi pada Majlis Perkahwinan korang.
Percutian yang diadakan sehari bagi meraikan kepulangan rakan mereka ke tanah air Indonesia, pada 13 Januari lepas. Aku diminta untuk merakamkan foto kenangan buat mereka.
Arwahyarham P Ramlee dikenali melalui filem filem berunsur nasihat dan tauladan. History Channel yang pada tahun lepas ni ada menayangkan kehidupan Arwah P Ramlee sepanjang semasa susah dan senang.
Ramai antara kita hanya tahu tentang kesenangan semasa arwah masih hidup tetapi adakah ada antara kita tahu bahawa arwah juga menghadapi kesusahan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Aku ketandusan idea kali ni untuk berblog. Tapi itu tak menjadi masalah. Segala macam benda ada cerita disebaliknya. Jadi tak nak cerita banyak pada kali ini aku sekadar ingin berkongsikan Ruang Kerja aku.
Apa yang ada itulah barang yang ada atas ruang kerja aku sekarang. Serabutkan kan ruang kerja aku. Macam mana ruang kerja korang.