Promosi Business Card

Semurah RM 9.00 Sekotak cetakkan minimum sebanyak 10 kotak

Friday, October 22, 2010

Percutian sehari ke Cameron Highland, Pahang.

Salam.

Bulan Oktober ni aku penuh dengan aktiviti percutian. Selepas Genting Highland, aku ke Cameron Highland pula pada 7hb Oktober. Biasalah kalau kerja shif macam aku ni 4 hari kerja 2 hari cuti memang banyak cuti kalau tak masuk OT (overtime).

Percutian sehari ini pun aku pergi selepas aku kerja malam untuk hari ke tiga aku shif malam. Trip kali ni terdiri daripada antara rakan sekerja dari shif C. Aku diajak sekali sebagai fotografer mereka. Aku setuju saja asal kan dapat merakamkan gambar kenangan buat mereka semua.

Bertolak seawal pukul 10 pagi. Dan sampai di Tanah Rata tepat pukul 12 tengahari. Sampai disana singgah di stesen minyak, dan merangka perjalanan bermula dari tanah rata. Antara mereka semua hanya aku seorang yang pernah pergi ke Cameron Highland. Jadi yang lain semua hanya ikut aku.

cameron highland 20

cameron highland 27

Dari Tanah Rata kami semua ke sebuah taman untuk makan tengah hari di sana. Sesudah itu kami ke Cactus Point untuk melihat kecantikkan bunga bunga serta kaktus. Dapat juga aku merakamkan gambar candid mereka yang asyik dengan kecantikan bunga.

cameron highland 34

cameron highland 37

cameron highland 44

Selepas tu aku bawa mereka semua merasai kehijauan di Tea Farm sungai palas dimana Teh Boh diproses, serta menikmati rasa Teh sebenar di Cafe Teh Boh. Masa kami semua ke sana peladang sedang mengambil daun daun teh.

cameron highland 51

cameron highland 52

Dalam perjalanan turun kami singgah di tepi simpang untuk naik ke ladang teh tadi untuk membeli belah. Disebabkan malam ni aku kerja malam aku tak sempat bawa mereka dimana mereka boleh merasai memetik sendiri buah strawberi. Jadi terpaksalah beli di gerai gerai tepi jalan.

Lebih kurang jam 5.30 petang kami semua turun ke simpang pulai sampai pada pukul 7 petang. Aku dah terlewat untuk masuk kerja. Jadi aku ambil cuti pada petang itu. Penat sungguh aku rasa lebih 24 jam aku berjaga. Kalau masuk kerja pasti aku terlelap sebelah mesin. Apa pun mereka semua gembira bercuti di sana.

Wednesday, October 6, 2010

Melancong atau Melencong?


Bulan Oktober kali ni aku asyik bercuti saja. Cuti aku yang lepas aku sudah ke Genting Highland. Kali ni pula aku akan ke Cameron Highland dan Pulau Pangkor.

Percutian ke Cameron Highland dirancang oleh shif C oleh warga Unisem. Tarikh yang ditetapkan pada 7hb oktober, masa bertolak pada pukul 10 pagi.

Seterusnya percutian ke Pulau Pangkor aku bersama sama shif A iaitu shif aku sendiri. Selang satu saja hari selepas aku ke Cameron Highland, iaitu pada pada 9hb oktober ini dan masa bertolak pada pukul 6 pagi. Pada masa yang sama staff tempat kerja aku pula pergi memancing di Lombong Pecah, Pantai Remis. Namaku juga tersenarai dalam senarai tak 'comfirm'. Rugi pula kalau tak pergi.

Tapi kami semua balik pada hari yang sama, tiada yang menginap. Jadilah dapat juga aku berjalan jalan sempena cuti ni.

Tapi persoalannya aku Melancong ke Melencong? Aku naik ke Cameron Highland selepas aku habis kerja malam tapi malam pada hari aku naik ke Cameron Highland aku masih ada 1 malam lagi shif aku. Mesti mengantuk punya kalau masuk kerja sebab aku dah berjaga lebih 24 jam.

Manakala ke Pulau Pangkor pula, sememangnya aku cuti masa tu. Tapi sayang pula kalau tak masuk Overtime. Kerja 4 hari saja, alang alang tambah sehari dah dapat lebih. Nama aku dah tersenarai untuk Overtime. Apa boleh buat dah tarikh dah ditetapkan.

Nampaknya aku tak dapat lah pulun Overtime kerja bulan ni.

Saturday, October 2, 2010

Bercuti di Genting Highland, Pahang

Dalam minggu ni aku dan 3 orang rakan yang lain antaranya Fitri, Along dan Khairul merancang satu percutian selama satu hari, masing masing setuju tetapi hanya satu hari.

Ada antara mereka yang teringin nak bercuti ke pulau, tapi sekarang ni musim hujan laut pasti bergelora. Nak mendaki gunung yang berminat cuma dua orang saja, mana nak sempat nak cari yang lain. kalau ada pun mesti ada yang batal bila hari nya telah tiba.

Jadi aku cadangkan ke Genting Highland, Pahang. Aku tak pernah sampai sana lagi. Ingatkan aku seorang saja, rupanya ada lagi kawan aku yang tak pernah sampai lagi. Yang pernah pergi cuma Khairul saja. Masing masing pakat setuju.

Jadi kami terus set tarikh dan masa untuk bercuti memandangkan kami semua berkerja lain shif, dan ada yang kena ditukarkan shif. Pada masa tu juga kami meletakan tarikh untuk kami bercuti iaitu pada hari Rabu, 29hb september bertolak pada pukul 6 pagi.

Hari demi hari kami menanti dengan penuh sabar, tiba juga hari yang kami janjikan. Tapi ada pula yang tak dapat pergi disebabkan tanggungjawab pada kerja. Yang Jadi cuma Along dan Khairul saja dan malam sebelum tarikh tu seorang lagi kawan kami yang tak pernah jejakkan kaki kesana iaitu Izham ingin turut serta.

1

Kami bertolak pada pukul 7 pagi, dari Ampang, Ipoh dengan Jentera buatan Perodua Myvi Along. Perjalanan kami hanya berpandukan GPS sepenuhnya disebabkan masing masing tak tau jalan, yang pernah pergi pun pergi dengan trip bas. Kami singgah di RnR Tapah untuk sarapan pagi seteruskan perjalanan dan sampai di stesen kereta kabel pada pukul 10 pagi.

Kami semua teringin untuk melihat permandangan dari dalam kereta kabel, tapi apakan daya kareta kabel pada masa itu dalam penyelenggaraan. Terpaksalah kami naik ke puncak. Sesampainya kami di sana. Kami berjalan jalan sekitar Genting sebelum beli tiket masuk. Nasib kami baik kerana cuaca cerah dan berkabus, tapi sekarang musim hujan.

2

Perasaan masing masing teruja, terutamanya aku. Niat aku nak naik ke Genting Highland untuk rakamkan gambar kawan kawan berada di Genting dan merasai permainan extreme. Pagi tu tak ramai orang yang datang mungkin kalau hari minggu lagi ramai orang, dan kami tak perlu beratur panjang untuk main semua permainan. Tapi tengahari orang semakin ramai, selepas kami makan tengahari.

4

Sampai saja permainan pertama yang ingin aku cuba ialah Corkscrew ataupun lebih dikenali sebagai Roller Coaster. Permainan ni memang mencabar, gugur jantung dibuatnya. Selepas tu kami nak mencuba Space shot, tapi masa tu Space shot masih tak beroperasi. Cyclon pun tak beroperasi mungkin disebabkan awal pagi, dan trek masih lembap.

7

Disebabkan permainan ada yang tak beroperasi lagi kami berjalan jalan dalam bangunan. Ada Snow world dalam tu, teringin nak merasa main salji kami semua sepakat setuju untuk masuk. Tiket berharga RM 17 tapi ada diskaun jika kita memakai wrist band sebanyak RM 2. Jadi harga tiket kami berharga RM 15. Tak peduli dah harga berapa sebab ni pertama kali sampai, jadi kena mencuba semuanya.

9

10

11

Masuk Snow World kami diberikan Sweater dan sarung tangan. Tak sangka pula sejuk bila masuk dalam Snow World tu. Macam mana lah kalau berada di luar negara. Tak tahan aku sampai cuping telinga kebas akibat sejuk yang melampau. Tapi pengalaman bermain bola salji dan merasai kesejukan memang berbaloi selama 40 min tempoh yang diberikan. Nak main lagi dalam tu. Fuh! Sejuk sangat.

20

Penat bermain bola salji masing terasa. Singgah makan di Restoran makanan segera KFC. Kenyang perut nak sambung main lagi kali ni teringin nak main Flying Coaster. Tapi perut penuh kalau terus main mau termuntah dibuatnya, berpusing pusing macam superman.

14

Kami berjalan bagi makanan cepat hadam. Dan pada waktu tu Space Shot beroperasi tapi orang ramai dah berbaris panjang. Kami melihat dulu gelagat orang nak permainan tersebut. Melopong mulut masing masing kerana takutnya apabila naik tinggi kemudian turun laju seperti buah roket terhempas.

16

22

Along mengajak aku cuba permainan ini. Aku fikir bila lagi aku nak main kalau bukan hari ni. Aku cuba juga lah. Khairul dan Izham dah penat dan hanya memerhati dari jauh. Naik memang kita akan rasa gayat, tinggi sungguh. Tak sempat nak lihat kawasan sekitar. Tiba tiba turun dengan laju. Rasa seperti organ organ dalam badan aku dah tertinggal kat atas. Tergamam aku tapi aku sukakannya rasa nak naik lagi tapi ramai orang dah berbaris panjang. Sempat juga aku dan Along membeli gambar yang telah dirakamkan semasa berada diatas.

27

Kami seterusnya ke Flying Coaster, tapi kami melepas kerana hari yang disangakakan panas tapi hujan pada belah petangnya. Kami pun bergegas pulang ke Ipoh.
Percutian sehari kami ni memang seronok. Ianya boleh dilihat bertapa sakan nya kami berposing dalam gambar.

25

Cuti cuti di Genting Highland

19

Nantikan percutian menarik kami di Genting Highland. Berseronok selama satu hari di Kota Keriangan.
Nak tahu bersama siapa saya ke sana nantikannya.

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!