Promosi Business Card

Semurah RM 9.00 Sekotak cetakkan minimum sebanyak 10 kotak

Saturday, June 12, 2010

Suasana Pagi di Pasar Borong

Pada pagi sabtu pukul 6 pagi saya bersama-sama Mak saya bertolak ke Pasar Borong yang terletaknya di Mengelembu, Ipoh.

Sememangnya Pasar Borong ni terkenal kerana ini satu satunya yang saya jumpa di Ipoh. Tambahan pula Mak saya ingin membeli barang basah untuk keperluan dapur dan tujuan saya pula adalah untuk merakamkan gambar suasana ketika Orang ramai membeli belah di Pasar Borong.

Suasana pada waktu pagi di pasar borong memang ramai, ada antaranya peniaga-peniaga kedai makan, peruncit-peruncit dan ada yang beli untuk kegunaan rumah.
Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin ada yang tahu kenapa memilih pasar borong sedangkan kedai-kedai runcit berhampiran tempat tinggal lebih dekat.

Ini kerana perbezaan harga yang amat ketara. Saya juga terkejut mendapati harga di Pasar Borong ternyata lebih murah berbanding kedai runcit. lagipun saya bukannya selalu ke Pasar jadi saya tak tahu harga runcit dan harga borong.

Sambil saya berjalan dalam Pasar berkenaan sempat juga saya ambil beberapa gambar dalam keadaan sesak dengan orang ramai. Dibawah ini adalah beberapa gambar saya rasakan sesuai untuk menceritakan keadaan di Pasar Borong.








Diharap anda dapat meninggakkan komen dan kritik.
Segala komen dan kritik anda amat saya hargai.

Friday, June 11, 2010

Mandi manda di The Lost World of Tambun

Sempena musim cuti sekolah ni, ramai yang pergi bercuti. Saya juga tidak terlepas walaupun sudah lama habis zaman persekolahan tapi masih dapat rasakan suasana musim cuti sekolah.

Semalam selepas habis keje shif malam. Pada paginya pula lebih kurang pukul 10 pagi saya bawa adik-adik berseronok di The Lost World of Tambun tidak jauh dari kawasan tempat tinggal saya.

Boleh tahan ramainya jumlah orang yang datang ke Lost World ini. Tapi nasib baik kami pergi bukan pada hari minggu. Sebab kebiasaannya pada hari minggu sememangnya ramai dengan orang.

Lagipun kami dah lama tak bercuti, semua dah berjauhan sebab masih belajar. Saya pula ada diberi baucar semasa membeli belah di Giant. Semalam cuaca pun baik untuk saya merakamkan aktiviti adik beradik saya bermain air. Ditambah pula dengan pelbagai benda yang baru.

35mm
f/1.8
1/1000 sec


35mm
f/1.8
1/800 sec

35mm
f/1.8
1/800 sec

35mm
f/1.8
1/640 sec

35mm
f/1.8
1/400 sec

35mm
f/1.8
1/640 sec

24mm
f/4
1/500 sec

35mm
f/1.8
1/1000 sec

Segala komen dan kritik anda amat saya hargai.

Monday, June 7, 2010

Candid

Petang semalam sambil-sambil minum petang tepi jalan. Kamera ada di tangan tapi tujuan tak ada.
Apa yang saya nak snap hari tu pun tak ada idea, tapi bila 'on'kan saja kamera nak cuba candid pulak.

Secara tak langsung ada juga gambar menjadi, dengan lensa 35mm. Best sebenarnya dengan lensa ini. Sejak beli lensa ni, memang tak lekang lensa ni dari body. Sentiasa terlekat di body kamera.

Inilah antara hasil hasil yang saya rasakan ianya cukup cantik tapi bagi saya. Komen dan kritik anda amat saya harapkan untuk memperbaiki lagi kemahiran saya dalam bidang fotografi ini.



Thursday, June 3, 2010

Outing di Station Keretapi Ipoh, KTMB.

Outing saya kali ni kami seramai 5 orang kesemuanya adalah rakan sekerja. Antaranya Saya, Mohd Salleh, Hisham Shahalan, Mohd Rahim dan Ho Syahrul dan lokasi yang kami pilih pada malam itu bertempat di Stesen Keretapi Tanah Melayu, Ipoh.

Jadi pada malam tu masing masing mempraktikkan skill masing, dan fokus masing-masing pada malam itu.









Akhir sekali kami bermain dengan 'lighting'. Dimana 2 buah speedlight digunakan untuk experiment kali ini. Sememangnya menarik jika kita boleh dapatkan kedudukan cahaya yang betul. Dibawah ini adalah hasil kami bermain dengan 'lighting'.




Komen anda amat bermakna.
Terima kasih

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!