Promosi Business Card

Semurah RM 9.00 Sekotak cetakkan minimum sebanyak 10 kotak

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H

Assalamualikum

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Adha


kepada semua umat islam di serata pelusuk dunia

Peristiwa sambutan Aidil Adha yang akan diingati oleh semua Umat Islam seluruh dunia. Pada Pagi hari tersebut (bahkan mungkin minggu-minggu sebelumnya lagi) akan dikhabarkan lah kepada kita semua tentang sejarah bermulanya kisah Aidil Adha ini yang bersangkutan dengan peristiwa pelaksanaan mimpi Nabi Ismail oleh ayahandanya iaitu Nabi Ibrahim.

marilah beramai-ramai kita bergotong royong mengerjakan ibadah korban
serta menghayati erti pengorbanan dalam hidup kita sebagai hamba.


Tuesday, November 24, 2009

Gambar bercerita

Mari lihat gambar bercerita. Kisahnya pada suatu hari .....






























akhirnya....






























































Saturday, November 21, 2009

Ulang tahun Blog amirulsafri

Bulan November adalah bulan dimana wujudnya blog aku ni. Bulan November tahun 2006 hari aku da tak ingat.

sebenarnya dah lama aku wujudkan blog ni tapi pada masa tu aku tak minat blog sebabnya pada masa tu aku mencari sebuah hosting yang free dan adanya FTP (File Transfer Protocol). Kerana pada masa itu aku suka dan minat membina website sendiri.

Jadi blog ni wujud dengan tidak semenanya. Pada masa tu blog aku bertajuk knighttingale. Nama ni wujud pun sebab aku main game DIABLO.

So pada tahun ni blog ni hidup kembali dan diberi nafas baru daripada aku dengan nama aku sendiri dimana coretan kisah hidup aku di publishkan kepada umum.

Sekarang ni usia blog ini mencecah 3 tahun dan berapa hari tidak dapat dikesan. Semoga blog ini dapat ini terus hidup dan dapat diterima oleh semua lapisan umur. Dan mungkin satu hari nanti aku akan belikan domain yang baru terhadapnya.

tengok tu aku On Blogger Since November 2006

Friday, November 20, 2009

Magic Shining Circle di Facebook

You wanna see some magic??? Come here i'll show you

Caranya mudah
tak perlu ahli sihir
tak perlu belajar ilmu hitam
tak perlu peralatan selain komputer korang

“Up, up, down, down, left, right, left, right, B, A, and Enter”

UP= anak panah menghala atas pada keyboard
DOWN= anak panah menghala bawah pada keyboard
LEFT= anak panah menghala kiri pada keyboard
RIGHT= anak panah menghala kanan pada keyboard
B= Huruf B
A= Huruf A
ENTER= Enter ala kat keyboard korang gak

selamat mencuba

3P stands for “Program Pentauliahan Professional”

Assalamualaikum.

Seperti tajuk entry kali ini 3P iaitu Program Pentauliahan Professional. Aku telah dapat permohonan tu semalam melalui khidmat pesanan ringkas rangkaian maxis seperti dibawah.

sms dari 3P

Dapat jer sms aku terus bukak email. Tapi takde aku search pon takde. So aku rasa mmg aku tak dapat la. Selepas tu aku pun keluar rumah dan Lin bgtau aku dapat email tu dalam SPAM folder.

Dah la aku ni bukan jenis bukak spam folder. Yela spam ni kan kadang-kadang email tak penting. Nasib baiklah aku tak delete sume file dalam spam sbb kebiasaan aku selalu delete sbb sakit mata tgk spam banyak sangat

aku check semula dalam SPAM folder mmg ada tapi aku tak approve lagi sbb aku perlukan masa untuk berfikir. Sebelum 25 November ni aku kene buat keputusan.

http://3p.prestariang.com.my/

Aku harap aku pergi sebab ni peluang sekali seumur hidup.

Wednesday, November 18, 2009

Hamster aku beranak lagi

Hari ni hamster aku beranak 4 ekor. Tapi aku tgk tadi da tinggal 3 ekor harapnya kali ni semua hidup la. Baru meriah sangkar aku tu.

Sunday, November 15, 2009

| Launching | DTK Blog sebagai ElectComp

ElectComp




ElectComp adalah singkatan nama daripada Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer.

Tujuan penubuhan blog ini juga adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim diantara warga DTK sesi Januari 2007 - Julai 2009. Disamping itu dapat berhubung secara maya diantara warga DTK setelah tamat pengajian di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Diharap rakan-rakan dapat memberi sokongan dan pandangan terhadap blog ini. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin terus sentiasa segar.

Friday, November 13, 2009

Aku berlepas ke China


Hehe title entry aku kali ni yang akan membuatkan orang masuk ke blog aku. Dan pastinya akan ada keyword sebegini dalam analytics aku Hits.

Tepat pukul 11.30 malam tadi ayah aku berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspress di batu gajah.
Keesokkan paginya akan bertolak pada pukul 09.05 daripada Kuala Lumpur International Airport dengan menaiki pesawat Boeing MH 0378 dan dijangka sampai di Beijing Capital International Airport pada pukul 15.05.
Kira-kira 6 jam penerbangan bersama Malaysia Airlines.

Semoga perjalanan ayah selamat sampai di China dan selamat pulang ke Malaysia aku doakan

departure time and arrival time

Cuaca sekarang ni di China sangat sejuk suhu berada pada -2 celcius iaitu bersamaan 28 fareinheit

Wednesday, November 11, 2009

Hi Hi Kapersky, Bye Bye Avira

Harini aku dengan jayanya menukar perisian perlindungan PC kesayangan ku daripada

Avira AntiVir Personal - FREE Antivirus

kepada

Kaspersky® Internet Security 2010




tengoklah dengan mudahnya aku atasi virus sebanyak 18 n 1 trojan je
aku bukannya penternak virus


aku sebenarnya da mati akal nak update entry untuk minggu ni. Aku macam promote Kaspersky® pulak padahal Kaspersky®xde bagi aku se-sen pon kat aku. kne keluar duit lagi ada beli software ni.

Jadi kepada para pembaca jangan la anggap Avira® xbagus. Nanti xpasal-pasal aku kene 'sue' sebab wat compare dgn Avira® dgn Kaspersky® ni.

Entry kali ni aku wat pon sbb ayah aku beli antivirus ni untuk Company dia. 1 activation number boleh guna untuk 3 PC. Jadi kat office da ada 5 PC so ada 1 lg yang xgune ayah aku kasi aku. Tu la citenye. license die pon takat setahun je pastu kne renew lg. Lgpon
Avira® yang aku pakai selama ni free version so ada had la. Kaspersky® yang aku pakai ni dari

Kaspersky® Internet Security 2010
so mmg berbeza dengan

Kaspersky® Anti-Virus 2010

Kaspersky® Internet Security 2010 antivirus ada internet security pon ada...

Lepas ni aku takde la risau lagi kalau pendrive dan External HDD aku kene virus dari tempat lain bila aku nak transfer dalam PC aku tanpa ragu-ragu dengan adanya
Kaspersky® Internet Security 2010

sekian

Related Posts with Thumbnails
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!